Selasa, 3 Disember 2013

Pulau Sipadan Pulau kegemaranku



Hello selamat pagi.. hari ni nell ingin menceritakan tentang keunikan pantai disabah... namanya PULAU  SIPADAN... 
    Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti BARACUDDA, PENYU, IKAN, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.
    Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.
   Inilah serba sedikit cerita tentang Pulau sipadan, harap kamu menyukainya..chaiiyok-chaiyook nell juga bah. Jadi apa lagi mail ah pergi sabah.


1 ulasan: